Rabu, 26 Disember 2012

#KL112 : MELAWAN SISTEM SPR



Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.

Justeru : Apakah  dianya  sistem pilihanraya SPR itu?
Mari kita fahami dahulu lembaga  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini  ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya  dilantik  oleh Agong. Ini sebenarnya  hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul  Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek.  Tetapi hakikatnya yang memberi nama  kepada Agung untuk mengepali SPR  ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak.  Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period.

Justeru mustahil nama Karpal Singh  atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak  kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation  sedang bernafas dalam lumpur.  Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene. 
 
Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur  pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah ‘ngeri’ dari Deepak Jaikishan ini telah menjadi induk perbualan rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj -   sedang menjadi-jadi dalam United Malays National Organisation. Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang   yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.  Malah direncanakan agar Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.

Perbincangan dan rancangan  ‘mengundurkan Najib’  sedang hangat dibincangakan dalam alam siber dan juga dalam media baru. Malah ada berita yang telah melaporkan    strateji ‘ undurkan Najib ‘ ini  telah sampai ke tahap perbincangan dikalangan ahli Majlis Tertinggi parti ini.

Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini bukan cerita dongeng. Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk terbarai. Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak  ‘ peluru berpandu’ ke dada Muhyiddin. Najib mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM.  Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk meminggirkan calon-calon yang  dianggap kurang setia kepada Najib dan Rosmah.  Atau lebih tepat pagi calon-calon pro-Muhyiddin
.
Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut pautnya dengan SPR dan PRU13? Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan PRU13?

Untuk saya United Malays National Organisation sebagai sebuah parti politik telah lama terkambus.  Dalam PRU12 yang lalu  – Pakatan Rakyat telah mendapat  lebih banyak undi keseluruhan berbanding dengan  Barisan Nasional. Hari ini orang ramai  melihat dan sedar bahawa ombak rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja memuncak malah kini ampoh membanjiri seluruh negara. Jika PRU13 dijalankan minggu hadapan , pasti Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Awas! Mustahil? Mustahil  untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan melimpah ruah. Dari  segi yang lain saya berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Ini satu ayat yang bercanggah.

Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu. Pakatan Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang?

Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk  memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays National Organisation.

SPR ini adalah tembok  pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang  lengkap dimana musuh United Malays National Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.
Lihat  tarikh pilihan raya – ianya hanya diketahui oleh Presiden United Malysa National Organisation. Ini untuk memastikan  parti-parti  lain boleh diperanjatkan dengan tarikh pilihanraya.

Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan diadakan dalam negara mereka. Pakistan, walau pun sedang   diserang oleh ‘drone’ setiap hari tetapi rakyatnya  tahu bulan May tahun hadapan ialah  bulan pilihan raya. Warga  Iraq  dan Afghanistan  yang sedang  berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh  mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan untuk menipu.

Lihat pula pengunaaan dakwat kekal. Di Malaysia ini pengunaannya amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini  warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.

Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini  satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik penggunakan dawat kekal. Dakwat kekal dijari bertujuan untuk  menafikan dapat kertas undi sekali lagi. 
  
Di Malaysia semuanya terbalik. Jari yang ada dakwat kekal  boleh  dapat kertas undi. Bayangkan berapa ramai hantu-hantu yang telah disusun oleh SPR akan  datang mengundi.  Mereka yang telah dihitamkan jarinya akan berpusing-pusing mengundi berkali-kali. Justeru, inilah sistem yang telah diwujudkan oleh SPR  bertujuan untuk menipu undi.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’  ini selamat SPR telah membuat peraturan  bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi.

Apa maknanya ini? Ini  adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon  yang datang menyamar sebagai pengundi.  Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh.

Didalam bilik mengundi ada  PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan Rakyat. Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi.  Meja PACABA  diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi  tetapi untuk memerhatikan punggung dan belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.

Saya berani berkata bahawa niat sistem ini bukan untuk  mengurus pilihan raya dengan lancar, teratur dan  baik. Ini bukan akidah SPR.   Sebagai tembok pertahanan akhir lembaga SPR ini telah menyususn pelbagai peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan United Malays National Organsiatgion  akan menang.

Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap satu bulan. Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan.

 Saya juga  juga belum menyentuh  ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal Pengundi  yang lahir pada tahun 1974 tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi  yang  lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009.  Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975 tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari sistem SPR.

Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai  satu sistem. Justeru saya katakan bahawa dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang  sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.
Dari sekarang saya berani berkata – jika sistem SPR ini wujud – mustahil Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih pentabiran negara.  Sistem ini cukup kebal kerana ianya tidak diketahui ramai. Ianya  juga bertopengkan Parlimen. Orang ramai hanya tahu memangkah. Satelah memangkah  mereka menganggap diri mereka telah  mengamalkan demokrasi.

SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih wujud  kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga  Bersih.

Untuk memastikan PRU13 berjalan  bersih dan adil  orang ramai wajib memberi amaran kepada United Malaya National Organisation dan SPR. Amaran ini ialah – jangan menipu  di PRU13.  Amaran ini datang dari satu juta orang ramai  yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat. Satu juta ke  Stadium Negara pada 12 Januari  hanyalah amaran awal.(TT) 
 

WANITA KEADILAN SELANGOR TERUSKAN MOMENTUM DENGAN ‘PROGRAM AGENDA WANITA MALAYSIA BERSEPADU’




Wanita Keadilan Selangor menyambut baik “Agenda Wanita Wanita” yang telah dilancarkan pada 16 Julai 2012 yang lalu oleh Wanita Pakatan Rakyat peringkat Pusat dan majlis perasmian peringkat Nasional telah dilangsungkan pada 13 September 2012 yang lalu.

Dengan membawa mesej “Falsafah Hormat Wanita” dalam agenda tersebut, maka  Wanita Keadilan Selangor akan meneruskan momentum AWM dengan mengadakan satu program BERSEPADU yang diadakan serentak di seluruh kawasan yang telah dikenalpasti dalam Negeri Selangor. 

Setakat pada tarikh sidang akhbar, program ini akan diadakan di 16 kawasan, iaitu:


  1. Sabak Bernam
  2. Tanjung Karang
  3. Kapar (Sementa)
  4. Kota Raja
  5. Pelabuhan Klang
  6. Kuala Langat
  7. Shah Alam
  8. Subang, Bukit Lanjan
  9. Ampang, Bukit Antarabangsa

  1. PJS, Taman Medan
  2. Kelana Jaya, Seri Setia
  3. Semenyih – Hulu Langat
  4. Hulu Selangor – Batang Kali
  5. Selayang – Rawang
  6. Gombak – Batu Caves
  7. Pandan
  8. Sepang – Dengkil

Program ini yang dijalankan serentak di kawasan-kawasan yang disebutkan akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kehidupan seharian wanita-wanita di kawasan tersebut, selain daripada taklimat dan majlis penerangan berkenaan AWM ini. Sebagai contoh, pertandingan membuat makanan yang popular di sesuatu kawasan adalah antara aktiviti yang bakal memenuhi acara program ini. Sesi soal jawab juga telah dimuatkan sebagai salah satu aturcara yang wajib.

Wanita Keadilan Selangor yakin dan percaya bahawa program ini pasti akan membuka mata dan minda semua wanita yang mungkin masih belum mendapat maklumat yang betul berkenaan dengan AWM dan hala tuju Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap membela nasib wanita khasnya.

Sekian


HANIZA TALHA
Ketua  Wanita Keadilan Selangor

PENGHAKIMAN AES 'KELAM KABUT'


TAIPING 26 Dis: Mahkamah pertama yang mengendalikan kes saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini ‘kelam kabut’ apabila pendengarannya terpaksa dibatalkan kerana senarai kes itu tiada dalam rekod.
Menurut peguam yang mengendalikan kes tersebut, Fitri Asmuni, mengikut surat yang dihantar kepada lima mangsa saman, mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Taiping bagi pendengaran yang dijadualkan bermula jam 8.45 pagi tadi.
“Hari ini tiada pendengaran ataupun keputusan. Mangsa saman diarahkan pulang. Kes saman langsung tidak dimasukkan dalam senarai kes untuk didengar di mahkamah.
“Ini kerana surat saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tapi sehingga hari ini, mahkamah tidak menerima apa-apa senarai kes melibatkan saman AES.
“Dalam rekod yang kita terima, hari ini ada lima mangsa akan mendengar kes mereka di sini,” katanya kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun Fitri berkata, kemungkinan mahkamah akan memanggil semula mangsa kerana saman tersebut tidak digugurkan.
“Mahkamah hanya suruh mereka (mangsa saman AES) pulang tanpa memberitahu tarikh baru pendengaran. Kemungkinan besar mereka akan dipanggil semula kerana saman tidak digugurkan.
“Mungkin juga ini ada kaitan dengan kenyataan Peguam Negara berhubung penangguhan kes AES di mahkamah,” kata Fitri yang juga Ahli Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham).
Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan mahkamah kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu berhubung perkara tersebut.
“Sepatutnya mahkamah maklumkan awal. Mereka perlu dapatkan butiran daripada JPJ bagi kes saman AES. Mereka terbabit bukan semua penduduk setempat, ada yang datang dari Butterworth, Pulau Pinang,” jelasnya.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara mengumumkan penangguhkan semua prosiding berhubung kes AES di mahkamah.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimanapun menegaskan, semua saman AES yang dikeluarkan JPJ adalah sah.
Sebelum itu, Pakatan Rakyat membantah keras saman tersebut yang bersifat menindas rakyat dan hanya menguntungkan kroni Umno BN.
Bantahan itu diaplikasikan di empat negeri Pakatan yang menangguhkan operasinya untuk dibuat penambah baikan