Selasa, 23 Oktober 2012

200 Bendera PKR Dicuri Dan Dibakar di Hadapan Bilik Gerakan Parti Politik


KLANG, 21 OKT: Kira-kira 200 bendera PKR yang dipasang di sekitar tapak program Jelajah Merdeka Rakyat di kawasan letak kereta pasaraya Econsave didakwa dicuri dan kemudiannya dibakar di bilik gerakan sebuah parti politik.
Bendera-bendera itu yang merupakan antara persiapan ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pandamarn di sini, dipercayai telah dicuri pada lewat malam tadi.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri ketika mempengerusikan Program Jelajah Merdeka Rakyat di sini hari ini.
Menurut beliau, perbuatan memalukan tersebut menggambarkan ketakutan setengah pihak tentang kemaraan Pakatan Rakyat.
“Mereka tak mampu berbuat apa-apa, nak lawan hujah tak berani, jadi yang mereka boleh buat hanyalah curi dan bakar bendera PKR,” kata beliau.
Azmizam juga memberitahu, AMK akan membuat laporan polis mengenai kejadian ini.
Di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hari ini, dianggarkan lebih seribu orang telah membanjiri program yang berlangsung dalam keadaan hujan.
Selain Ketua Umum PKR, program tersebut turut menampilkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai penceramahnya.

Rabu, 17 Oktober 2012

Hutang dijamin k'jaan melepasi paras RM100b

LAPORAN AUDIT Pinjaman terkumpul yang dijamin kerajaan persekutuan meningkat sebanyak RM19.85 bilion atau 20.5 peratus pada tahun 2011 dan buat pertama kalinya telah melepasi paras RM100 bilion untuk mencecah RM116.76 bilion, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Angka ini telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun dan mengalami peningkatan pesat sejak tahun 2008. Peningkatan dari tahun 2008 kepada 2011 adalah 69 peratus atau RM47.52 bilion.

Pinjaman dijamin kerajaan adalah pinjaman yang diambil oleh badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat tetapi dijamin oleh kerajaan persekutuan di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.
NONE
Pinjaman ini adalah berasingan daripada hutang kerajaan persekutuan dan tidak dicerminkan dalam bajet tahunan, dan sering digambarkan sebagai sebahagian daripada "hutang tersembunyi" negara.

Menurut laporan audit, hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2011 mencecah RM456.12 bilion, atau 51.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beberapa peratus di bawah siling hutang digubal 55 peratus.

Jika RM116.76 bilion pinjaman kerajaan terjamin dimasukkan ke dalam hutang persekutuan, maka jumlah hutang akan menjadi RM573 bilion atau 65 peratus daripada KDNK, yang jauh melebihi siling hutang.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah berhujah bahawa kerajaan tidak mengambil kira liabiliti luarjangka seperti pinjaman off-budget, dalam nisbah hutang-kepada-KDNK.
Pinjaman PTPTN 
NONE
Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa RM116.76 bilion yang terkumpul pada tahun 2011 merupakan jumlah pinjaman dalam dan luar negeri dua badan berkanun dan 23 syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin Putrajaya pada akhir tahun 2011.

Kenaikan sebanyak RM19.85 bilion dari tahun 2010 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan pinjaman untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), gergasi perladangan Felda dan Jambatan kedua Sdn Bhd

Kerajaan juga menjamin pinjaman baru yang diambil oleh Syarikat Govco Holdings Bhd, Pengurusan Air SPV Bhd dan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2011.

PTPTN, yang telah menambah pinjaman dengan ketara sejak tahun 2007, mengambil 17 peratus atau RM20.35 bilion daripada jumlah pinjaman yang dijamin kerajaan, diikuti oleh Pengurusan Air SPV Bhd (RM9.5 bilion atau 8 peratus) dan Felda (RM3.42 bilion atau 3 peratus).

Pinjaman tertunggak PTPTN meningkat lebih dua kali ganda -  daripada RM7.5 bilion pada tahun 2007 kepada RM20.35 bilion pada tahun 2011 -  peningkatan tertinggi di kalangan semua peminjam yang dijamin kerajaan persekutuan.
NONE

LAPAN JABATAN/AGENSI NEGERI BAKAL TERIMA RM20 RIBU SEBAGAI PENGHARGAAN



Kerajaan Selangor mengucapkan tahniah kepada lapan jabatan/agensi negeri yang  mencapai tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik seperti yang dikeluarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Kejayaan ini sangat membanggakan seluruh warga pentadbiran kerajaan Selangor kerana pada 2010 hanya empat jabatan/agensi negeri yang mendapat penarafan empat bintang.

Lapan jabatan/agensi negeri yang mendapat penarafan empat bintang pada 2011 ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan Perbendaharaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM20,000 kepada setiap jabatan/agensi negeri yang terlibat sebagai penghargaan di atas komitmen dan  segala usaha yang dilakukan sehingga mencapai kejayaan ini.

Kejayaan ini juga membuktikan kakitangan kerajaan negeri semakin menerima baik dan memahami hasrat kerajaan negeri yang mahukan pentadbiran negeri diurus secara telus dan bertanggungjawab terutama melibatkan pengurusan kewangan.

Kerajaan Selangor juga mengucapkan tahniah kepada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) - anak syarikat milik penuh kerajaan negeri yang menguruskan Universiti Selangor (UNISEL)- kerana berjaya melaksanakan banyak pembaikan terhadap kelemahan yang dikesan pada 2010. Masalah pentadbiran yang ditinggalkan kerajaan terdahulu telah pun diperbetulkan.

Antara kejayaan itu termasuklah pertambahan pengambilan pelajar yang terus meningkat kepada 11, 880 pelajar pada Oktober 2012 berbanding 9,902 pada Oktober 2011. Malah, kita yakin dan percaya proses timbang tara antara kerajaan negeri yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Jana Niaga Sdn Bhd akan mencapai keputusan positif. 

Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan kerana sebelum ini audit dalaman tidak berfungsi dan Unisel terpaksa menggunakan khidmat audit luar.  Audit kewangan Unisel bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 telah siap ditandatangani dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan pada hujung tahun ini.

Perlu dingatkan bahawa sebelum 2008, laporan audit kewangan Unisel tidak pernah dibuat. Justeru, kerajaan negeri mengambil inisiatif ini untuk memastikan wang rakyat yang digunakan untuk mengurus Unisel ditadbir secara telus dan bebas penyelewengan. 

 
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

DSAI's Lawyers regarding Musa Hassan's Withdrawal

We refer to news reports of the withdrawal of the defamation suit by Tan Sri Musa Hassan against Anwar Ibrahim today.

We wish to categorically state the following:-

1) the withdrawal against our client was unconditional and there was no out of court settlement as alleged by Musa Hassan.
2) Our client is satisfied with the unconditional withdrawal hence did not seek for costs
3) The withdrawal was initiated by Musa Hassan or his representative and at all times Anwar Ibrahim was ready to proceed with case.

Lastly our client stands by his police report dated 1.7.2008 and views this withdrawal as a vindication.
 Our client will continue to pursue the issues raised in the said police report.


N Surendran & Latheefa Koya
Lawyers for Anwar Ibrahim

ANGKATAN MUDA KEADILAN MENYERU RAKYAT BANGUN MENENTANG AES DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Saman Ekor Rakyat 1 Malaysia melalui Sistem Penguatankuasaan Automatik (AES ) didakwa sebagai  langkah terbesar Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menangani masalah kemalangan. Malah di dalam kenyatan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, mendakwa bahawa ini adalah merupakan langkah terbaik kementerian bagi menyaman rakyat.

Pelaksanaan saman ekor melalui system AES ini diberikan kepada 2 buah syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan melibatkan anggaran keuntungan lebih RM 700 juta setahun kepada syarikat swasta ini.

Menteri Pengangkutan yang juga ahli parlimen Lumut melalui syarikat kroni ini telah berjaya menyaman 63,558 rakyat dalam masa 8 hari pelaksanaan AES di 14 kawasan mulai 23 September lepas. 831 buah kamera bakal dipasang dengan anggaran kutipan sebanyak RM 5 Bilion daripada poket saku rakyat kepada Kerajaan BN dan syarikat kroni.

Ini jelas membebankan rakyat hasil tindakan kerajaan Barisan Nasional. Lebih malang kepada rakyat, Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menaikan beberapa barang keperluan rakyat termasuk gula.

Sistem pengangkutan awam yang lemah memaksa rakyat untuk berkenderaan, tetapi kerajaan BN terus menekan rakyat dengan saman ekor melalui pelaksanaan AES ini.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia, menyeru rakyat untuk bangun mementang kezaliman kerajaan Barisan Nasional dan mendesak agar saman rakyat 1 Malaysia AES ini dimansuhkan.

Angkatan Muda Keadilan juga menyokong himpunan rakyat membantah pelaksanaan AES di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ipoh pada hari Rabu ini jam 10 pagi.

MOHD SAFULLAH MOHD ZULKIFLI
Timbalan Setiausaha,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

TINDAKAN UNDANG-UNDANG SIVIL KE ATAS NFC TIDAK MENJAMIN KUTIPAN RM250 JUTA DANA AWAM


Kenyataan Media KEADILAN



Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1.       Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;

2.       Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;

3.       Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;

4.       NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi”(“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.
Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan “jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.
KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

-- 
"DEMI RAKYAT, KAMI BERJUANG"

Selasa, 16 Oktober 2012

Laporan Polis oleh Jingga13 berkaitan isu penyeludupan wang haram rm40 juta terhadap DS Najib Razak, DS Panglima Musa Aman , Micheal Chia dan UMNO Sabah ,


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus didesak supaya mendedahkan secara terperinci pihak yang menyumbang wang seludup RM40 juta kepada Umno Sabah.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, keengganan Najib mendedahkan perkara itu membuktikan beliau terlibat dalam skandal penggubahan wang haram.

“Wujud kesalahan jenayah yang dilakukan Najib apabila bersekongkol dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan hartawan Michel Chia serta Umno dalam aktiviti tersebut.

“Selaku Menteri Kewangan, Najib harus sedar tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik adalah satu jenayah.

“Justeru kita minta polis siasat isu ini tanpa prejudis agar tindakan undang-undang dapat dikenakan kepada penjenayah tersebut,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung kes itu petang tadi.

Pada 12 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong adalah untuk Umno Sabah, bukan milik Musa.

Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat mengatakan, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memutuskan tiada elemen rasuah.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Mengulas lanjut, Fariz yakin SPRM cuba menyelamatkan Musa daripada dikaitkan dengan rasuah konsesi balak di negeri itu.

“Hasil siasatan SPRM menimbulkan pelbagai persoalan. SPRM cuba menyelamatkan Musa Aman apabila dikaitkan dengan RM40 juta yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah,” katanya.
Beliau turut menyelar sikap Umno BN yang cuba menghalalkan penerimaan dana asing selepas mereka dikaitkan dengan penyeludupan wang haram.

“Apabila kena pada Umno BN, ia akan menjadi halal. Tetapi bila ia dikaitkan dengan Pakatan Rakyat atau NGO yang tak sehaluan dengan kerajaan, ia menjadi haram. Inilah dwi standard yang berlaku dalam kerajaan,” kata Fariz.

Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN wujud


KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.
Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.
Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.
Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.
“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.
“Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.
Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.
Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.
Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.
Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.
Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.
Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.
Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.

NOH OMAR JAHIL SOAL URUSAN PENTADBIRAN



Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB. Dr. Hj. Yaakob Bin Sapari menyelar tindakan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar berhubung kenyataannya mengenai „Kerajaan Selangor menghalang projek pengairan bagi pesawahpada sabtu yang lalu. Menurut Dr. Yaakob, beliau menyifatkan ia adalah tindakan jahil seorang menteri yang tidak tahu soal urusan pentadbiran.

Hal ini kerana, projek yang yang dilakukannya itu langsung tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri selaku pihak yang bertanggungjawab mengawal-selia urusan dan pentadbiran serta pembangunan di negeri Selangor.

“Mana-mana pembangunan yang ingin dibuat mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri terlebih dahulu, supaya mereka dapat membuat ulasan jika timbul sebarang masalah. Sebagai contoh, jika ingin membuat pembangunan perumahan, mesti mendapatkan kelulusan kerajaan negeri, perkara sebegini semua orang tahu. Bukan hentam sembrono seolah-olah menteri ini tidak pernah sekolah”, kecam Dr. Yaakob terhadap reaksi jahil yang ditunjukkan oleh seorang menteri.

Tambahan pula, beliau mengulas projek yang didakwa oleh Noh Omar itu sebagai tindakann menceroboh tanpa izin kerana ia memasuki kawasan hutan. “Projek tersebut dilakukan oleh pihak Integrated Agricultural Development Area atau ringkasnya IADA. Projek bagi membina ban atau kolam takungan air tersebut berhadapan dengan masalah kerana memasuki kawasan hutan. Akibatnya, kerana tidak merujuk kepada pihak kami, projek tersebut telah mengakibatkan berlakunya kemusnahan hutan. Sepatutnya, IADA rujuk kepada kami terlebih dahulu, supaya pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dapat turut serta membantu kerja-kerja membina kolam takungan air demi kebaikan rakyat keseluruhan.

“Sebelum Noh Omar menjadi menteri, hubungan saya dan pihak pegawai persekutuan tiada masalah, malah pihak IADA dan FAMA turut hadir ke mesyuarat yang kami buat. Malangnya setelah Noh Omar menjadi menteri, pegawai-pegawai di peringkat pusat telah dihalang dari menghadiri mesyuarat saya. Perkara ini sangat merugikan para petani. Sepatutnya Noh Omar membuat keputusan yang memihak kepada rakyat daripada kepentingan politik semata-mata”, ujar Dr. Yaakob mengakhiri ucapannya.



YB DR. HJ. YAAKOB BIN SAPARI,
Exco Kerajaan Negeri Selangor

Sabtu, 6 Oktober 2012

NAJIB SHOULD NOT REMAIN AS MINISTER OF WOMEN, FAMILY AND COMMUNITY DEVELOPMENT IF HE DOES NOT TAKE WOMEN'S RIGHTS SERIOUSLY



It is hard to understand why Prime Minister Datuk Seri Najib Razak
would choose an occassion such as National Women's Day to insult
Malaysian women and our efforts to achieve equality.

Najib, who is also Women, Family and Community Development Minister,
was quoted as saying there is "no need for a women's rights movement
in Malaysia." According to him, equality has already been given from
the start.

Najib further revealed just how out of touch he is with the lives
ordinary Malaysians, especially women when he used the example of an
elite golf club in the United States that restricts women membership.
Women in Malaysia, he says, are free to join any club.

What he fails to understand is the struggle for gender equality is not
about gaining admission to elite country clubs. Instead, generations
of Malaysian women have been struggling to address the lack of women
in decision-making positions, such as Parliament, State Assemblies,
corporate boardrooms and the civil service. We have been fighting to
ensure women receive equal pay as our male counterparts. We have been
demanding for women to be treated by society with respect and dignity.

In these areas, Malaysia remains very far behind the rest of the
world. Despite making up half the population, less than 10% of Members
of Parliament are women, while only a small fraction of candidates for
public office are female. The recent spate of lenient sentences for
those found guilty of statutory rape also served as a reminder how
much further we still have to go in pursuit of justice for women in
Malaysia.

To make matters worse, Najib's view on women's rights is apparent not
only from his words, but also deeds. This can be seen in the continous
reduction in budget allocation given to the Women, Family and
Community Development Ministry.

In 2010, it received RM2.4 billion in budget allocation. The following
year it was reduced to RM2 billion, before being slashed to RM1.9
billion in 2012. For 2013, the ministry will have to make do with even
less: only RM1.8 billion has been allocated in the recently announced
budget. One would think with Najib helming the ministry it would be
given priority in terms of funding, but clearly the opposite has
happened.

In stark contrast, Pakatan Rakyat allocated RM4.5 billion in its
shadow budget, which will include a National Women's Contribution Fund
and childcare allowance.

The Fund will operate as a social safety net for five million women
homemakers, and cost RM3 billion a year to operate. In the event that
they widowed, disabled or divorced, they will be able to fall back on
the fund for their needs.

Najib's statment today is a shameful step back in the movement towards
gender equality and representation. However it has certainly made
clear to the public that he does not regard women's rights as
important. This is why he should not remain as Minister of Women,
Family and Community Development.

YB ELIZABETH WONG
Executive councillor, Selangor State Government