Rabu, 16 Januari 2013

ANWAR MENANG SAMAN, KHAIRI TARIK BALIK FITNAH.




KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.
Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.
“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.
Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.
“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.
“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.
Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.
Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.
Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.
Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.
Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

Masalah tiada bekalan air juga berlaku di Sabah



BEAUFORT: Pemuda PAS Sabah mendesak pihak Umno Barisan Nasional agar lebih menumpukan perhatian mereka terhadap permasalahan di peringkat negeri yang dikuasainya daripada berterusan ‘menyerang’ dan ‘memperbodohkan’ rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata masalah kemudahan dan infrastruktur dilihat lebih bermasalah di Sabah berbanding negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, antara yang paling ketara ialah, masalah ketiadaan bekalan air yang kerap berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini.

Menurutnya, masalah air turut sering berlaku di daerah Beaufort yang dikatakan daerah maju oleh sesetengah wakil rakyatnya.

“Ada wakil rakyat di Beaufort mendakwa banyak kemajuan sudah dibuat, tapi saya nak beritahu bahawa wakil rakyat ini cuba untuk membohongi rakyat setempat.

“Sudah bertahun-tahun penduduk kampung terseksa dengan bekalan air yang sering terputus ditambah elektrik yang ‘sekejap ada sekejap tiada’ seolah-olah ini kemajuan yang dibangga-banggakan pemimpin Umno,” jelasnya.

Lahirul mendakwa, pemasangan saluran paip ke Labuan melalui Beaufort turut menghampakan sebilangan besar penduduk setempat di daerah itu yang lebih memerlukan bekalan air untuk kegiatan harian.

“Saluran pemasangan paip air dipasang melalui Beaufort ke Labuan, tetapi apa yang penduduk sekitar dapat.

“Masalah air di sini masih keadaan kritikal, sedangkan air merupakan sumber utama kegiatan rakyat... nak mandi, nak berniaga... apa semua orang Beaufort ni tak perlukan air ke,” dakwa Lahirul yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort.

Beliau turut kecewa dengan pentadbiran negeri ini yang langsung tidak mempedulikan nasib rakyat, sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

“Inilah satu kezaliman yang dibuat oleh Umno. Saban hari mereka memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat... TV1, TV2, TV3... saling bersilih ganti memutarbelitkan isu.

“Tapi masalah rakyat yang ada di negeri mereka sendiri, mereka tidak nampak,” ujar Lahirul.

Turun Harga Tol KESAS, Gimik Terbaru Politik Umno-BN


TOL LEBUHRAYA KESAS 01
SHAH ALAM, 16 JAN : Pengumuman penurunan harga tol bagi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) merupakan satu lagi gimik kerajaan Umno-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi mengaburi mata rakyat.
Penurunan harga tol didakwa tiada jaminan muktamad daripada kerajaan Umno-BN ia tidak akan dinaikkan jika mereka diberikan mandat semula pada PRU-13 nanti.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, Kerajaan Pusat didesak memansuhkan tol itu dan juga ditempat lain dan bukannya hanya menurunkan harga tol yang kadarnya tidak seberapa.
“Sebelum ini Umno-BN mengatakan sekiranya diturunkan harga tol maka kerajaan akan muflis dengan menyatakan kerajaan tidak mampu untuk membayar pampasan kepada konsesi.
“Tetapi untuk penurunan harga tol di Kesas ini maka bagaimana kerajaan boleh membayar pampasan ke syarikat konsesi.
“Tindakan Umno-BN menyerlahkan mereka semakin terdesak yang hanya untuk mengumpan undi selepas berlakunya Himpunan Kebangkitan Rakyat,” kata Azmizam ketika dihubungi TVSelangor.
Jelas Azmizam, Pakatan Rakyat (PR) komited untuk memansuhkan tol seperti yang termaktub dalam Buku Jingga bagi meringankan bebanan rakyat.
Sebelum ini, rakyat membuat demonstrasi mendesak agar Tol Lebuhraya Persekutuan di Batu 3 di Shah Alam dan Sungai Rasau di Klang dimansuhkan dengan alasan ia membebankan rakyat dan tidak lagi relevan.
Tambah beliau, kini berlaku pengurangan lorong-lorong tol tunai dengan pertambahan lorong untuk ‘Touch N Go’ dan ‘Smarttag’ di mana rakyat perlu membelinya pada harga tertentu terlebih dahulu.
“Ini rakyat yang perlu bayar dulu seperti membeli kad tersebut pada harga RM100 yang belum digunakan lagi.
“Dan ini salahsatu cara baru kerajaan Umno-BN mengambil duit rakyat dahulu dengan menyimpannya yang mana rakyat belum menggunakannya lagi untuk membayar tol itu,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan kadar tol di Lebuh raya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen.
Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.
Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3).
Manakala Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).
Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km itu adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.

Selasa, 15 Januari 2013

Selangor Latih Wanita Selamat Diri Daripada Mangsa Jenayah


woman against crime wan azizah 07
SHAH ALAM, 13 JAN: Program Kempen Wanita Menentang Jenayah yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor hari ini disambut baik oleh golongan wanita di negeri ini.
Rata-rata yang ditemui melihat kempen yang dilancarkan di Tapak Bazarena Stadium Shah Alam itu mampu memberi kesedaran dan pengetahuan berguna untuk wanita apabila berdepan dengan penjenayah.
Kempen tersebut yang dihadiri kira-kira 100 hadirin itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.
Ina FionaMenurut peserta kempen tersebut, Ina Fiona, 41, dari Ampang, golongan wanita haruslah mengambil serius terhadap panduan dan tip keselamatan yang ditekankan dalam kempen tersebut.
“Panduan yang diberikan seperti membawa wisel dan penyembur lada ke mana-mana mungkin sebelum ini kita tidak terfikir, tetapi bila mendapat penerangan tadi memang ia sesuatu yang sangat berguna ketika berdepan saat cemas.
“Langkah membela diri yang ditunjukkan dalam demontrasi tadi juga nampak sukar, tetapi boleh dipraktikan, kena kerap membuat latihan di rumah,” ujar beliau.
Roslida UdinRoslina Udin,34, dari Shah Alam pula berkata kempen seperti ini amat wajar diteruskan kerana wanita merupakan golongan yang sering menjadi sasaran mudah penjenayah.
Dalam sidang media di program sama, Wan Azizah memberitahu, jenayah terhadap wanita meningkat seperti kes ragut, bunuh, rogol dan sebagainya dan apa yang Kerajaan Persekutuan buat hanya memberi persepsi indeks jenayah menurun.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail pula berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri mengambil langkah memperkasakan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) bagi membantu wanita yang menjadi mangsa rogol atau seumpamanya.
Sehingga kini terdapat enam buah hospital yang menyediakan perkhidmatan OSCC di seluruh Selangor.
“Pelancaran Kempen Wanita Menentang Jenayah hari ini hanyalah permulaan dan akan diteruskan ke seluruh Selangor bagi memastikan kaum wanita khususnya di Selangor dapat berkongsi pengetahuan.
Sebelum itu dalam pelancaran kempen yang turut disertai Timbalan Speaker Selangor, Haniza Talha dan Adun Rawang, Gan Pei Nei itu, kira-kira lebih 500 wisel, penyembur lada dan kad tip keselamatan diedarkan kepada orang ramai yang berada di Pasar Pagi Shah Alam.
Selain itu turut dipaparkan dalam program sama, demontrasi beberapa langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh kaum wanita bagi menyelamatkan diri ketika diserang penjenayah.

Khamis, 10 Januari 2013

Penganjur tolak syor polis, tetap di Stadium Merdeka


(Dikemaskini 08.17pm)Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya menyemak semula hasrat mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi mengadakan perhimpunan tersebut 12 Januari ini.

Sebaliknya, beliau mencadangkan penganjur menggunakan Stadium Bukit Jalil memandangkan ia mampu menampung kapasiti yang lebih besar dengan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk LRT dan memenuhi keperluan aspek keselamatan.

NONE"Ini kerana Perbadanan Stadium Merdeka telah meletakkan syarat utama agar perhimpunan tersebut disertai tidak boleh daripada 30,000 orang peserta berdasarkan kapasiti stadium yang hanya boleh menampung jumlah tersebut.

"Dengan sasaran penganjur untuk mengumpul seramai 1 juta peserta, maka secara logiknya perhimpunan tersebut adalah lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih sesuai dan selesa memandangkan ia mampu menampung kapasiti yang lebih besar dengan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk LRT serta memenuhi keperluan dari aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Dilaporkan pihak pengurusan Stadium Merdeka bersetuju membenarkan penggunaan stadium tersebut dan penganjur bersedia untuk mematuhi syarat dan peraturan seperti mana diputuskan dalam pertemuan hari ini.

NONEMohmad membuat saranan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5 petang ini.

Sebelum itu, pihak penganjur telahpun mengadakan perbincangan dengan OCPD Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berhubung syarat dan persediaan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka.
Dalam kenyataan itu juga, Mohmad berkata beliau difahamkan permohonan untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil pernah dibuat oleh penganjur pada Oktober lalu manakala di Stadium Merdeka pada Disember lalu.

Tambahnya, beliau dimaklumkan kedua-dua perbadanan stadium tersebut memberi kelulusan terhadap permohonan penganjur.

"Pihak penganjur adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan perhimpunan anjuran mereka berlangsung dengan aman termasuk memilih lokasi perhimpunan yang sesuai dan relevan," katanya. 

NONEPengerusi penganjur, Mohamad Sabu ketika dihubungi lewat petang ini bagaimanapun tidak berganjak dengan keputusan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka.
"Tetap di Stadium Merdeka," kata timbalan presiden PAS itu kepada Malaysiakini, ketika diminta mengulas saranan polis Kuala Lumpur.
Kenyataannya melalui SMS itu bagi menegaskan kenyataananggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua pagi ini yang turut berkeras demikian.

Tian Chua berkata demikian susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada malam semalam yang mencadangkan supaya penganjur mengguna Stadium Bukit Jalil kerana lebih "sesuai dan selamat" serta "tidak menyusahkan rakyat".

Ayuh kumpul bersama AMK di PJ Sabtu ini gegarkan Stadium Merdeka


KUALA LUMPUR 9 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, diketuai Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berarak dari Padang Timur, Petaling Jaya (PJ), depan Ampcorp Mall ke Stadium Merdeka Sabtu ini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (KHR).
Mereka akan bergabung dengan kumpulan lain sepanjang laluan perarakan yang akan melalui Universiti Malaya dan Dataran Merdeka.
Justeru, AMK Selangor yang akan menjadi tuan rumah untuk tapak lokasi berkumpulnya anggota AMK dari seluruh pelusuk negara, mengalu-alukan kedatangan mereka untuk sama-sama gegarkan #KL112.
Setiausaha AMK Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, peserta diminta berkumpul di situ bermula 8 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka pada jam 9 pagi.
Katanya, peserta himpunan akan diiringi sekumpulan konvoi berkenderaan bersedia memberi bantuan jika ada sebarang kecederaan.
“Kepada individu yang mempunyai kenderaan pikap, seperti Hilux dan sebagainya, dan berminat untuk menyertai konvoi dari Padang Timur, PJ bolehlah mendaftarkan nombor kenderaan anda pada Ginie Lim (016-7183453) dan Haji Ramlan (016-6648032) bagi memudahkan urusan pada hari tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Saifuddin berkata, AMK Selangor memberikan sokongan penuh kepada AMK Malaysia dan akan mengerahkan seluruh kekuatan sayap parti di negeri itu untuk turun bersatu dalam perarakan nanti.
“AMK Selangor yakin dengan kebangkitan rakyat bakal mengubah landskap politik Malaysia di masa hadapan. Kebangkitan ini juga isyarat jelas supaya regim Umno BN tidak sewenang-wenang mahu memanipulasi dan menindas rakyat terbanyak.
“Anggota AMK seluruh negara siap sedia berhadapan apa juga rintangan demi mengangkat maruah rakyat dan meletakkan kembali keadilan sebagai teras kenegaraan,” katanya.
“Ayuhlah bersama-sama AMK gegarkan #KL112. Jadikan Padang Timur, Petaling Jaya sebagai tapak bermulanya perarakan kejayaan untuk kita menawan Putrajaya. Kemenangan adalah pasti, untuk anak-anak muda yang berani dan mengimpikan perubahan di bumi bertuah ini,” tambah Saifuddin.

Isnin, 7 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat, Selangor Mobilasi 300,000 Peserta



Himpunan Kebangkitan Rakyat 02
PETALING JAYA, 7 JAN : Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan menggemblengkan 300,000 penyokong sebagai usaha untuk menghimpunkan sejuta rakyat di Kuala Lumpur pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini,
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, PR Selangor sentiasa komited terhadap usaha menggembleng suara rakyat bagi menyatakan pendirian berhubung isu pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.
Justeru katanya, himpunan yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka itu nanti merupakan wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap pentadbiran Kerajaan Umno-BN.
“Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan ini yang bertunjangkan prinsip demokrasi, kebebasan dan kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, pagi tadi.
Hadir sama, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari.
Dalam pada itu, Dr Rani turut menggesa agar peserta bergerak ke Kuala Lumpur sehari awal dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Sementara itu, Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor mengesahkan sehingga kini, tiada respon daripada polis mahupun pihak Stadium Merdeka berhubung kebenaran untuk mengadakan himpunan tersebut.
Bagaimanapun tegasnya, himpunan itu akan tetap dijalankan seperti yang dirancang di kawasan stadium walaupun tiada maklum balas daripada pihak berkenaan.
“Sebelum ini Perdana Menteri pernah beritahu sekiranya ingin mengadakan himpunan, kita boleh menggunakan stadium.
“Tetapi apabila kita sudah buat permohonan, tiada maklum balas yang diberi. Kita ingin lakukan secara aman, tetapi ia sering dijadikan provokasi oleh sesetengah pihak,” katanya.
Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti